LOVE

Thursday 19 May 2011

Kerana Rakan, Diri Terjebak Dengan Zina


Siti (bukan nama sebenar) sudah pun bekerja di sebuah syarikat dalam bahagian pemasaran. Beliau memiliki diploma dari sebuah universiti tempatan.
Siti hanya pergi kerja pada waktu pagi dan pulang pada waktu tengah malam. Itulah sahaja aktiviti beliau seharian tanpa memikirkan pasal orang lain sehingga beliau mengetahui salah seorang kawan telah mempunyai teman lelaki. Beliau rasa amat iri hati dengan kawannya. Faktor kawan menyebabkan Siti terpedaya dengan fitnah dunia.
Peristiwa malang bermula apabila dia bertemu dengan seorang pelanggan lelaki iaitu Ali (bukan nama sebenar). Setelah pertemuan itu, Ali sentiasa bertanya khabar, menelefon dan berSMS dengan Siti. Hal ini menyebabkan Siti jatuh hati kepadanya.
Hidup Siti berubah selepas itu. Siti berkerja pada waktu siang, tetapi malamnya dihabiskan dengan keluar malam bersama Ali sehingga ditakdirkan beliau mengandung.
Pada ketika itu beliau berasa tidak tahu ingin membuat apa-apa. Ali berjanji untuk bertanggungjawab dengan perkara tersebut, namun hanya manis dengan kata-kata tetapi tidak indah dari tindakannya.
Akhirnya Siti ditinggalkan bersendirian dengan kandungannya sehinggalah dia dikenalkan dengan rumah perlindungan Raudhatus Sakinah.
Apabila ditanya tentang masa depannya, Siti berazam untuk menjadi seorang isteri solehah dan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
**********
Perkongsian pengalaman Siti menunjukkan bahawa pengaruh rakan amat penting. Andai kita berkawan rapat dengan orang-orang yang baik dan soleh, insyaAllah ia akan membantu kita untuk menjadi seorang yang baik.
Jika kita berkawan rapat dengan orang-orang berjaya, insyaAllah suatu hari nanti kita juga akan berjaya.
Selain itu, kita tidak boleh membiarkan masa lapang kita dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.
"Jika kita tidak disibukkan dengan urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dengan urusan kebatilan." - Hassan Al-Basri

~10 TIPS MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI~


Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;
01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
07.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

PELANGI SELEPAS HUJAN..!!!


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

WaNiTa InSaN HeBaT...!!!


Pelbagai persoalan tentang wanita sering dikemukakan dan diulas serta menjadi isu utama perbincangan sejak berdekad yang lalu. Malah perdebatan hal-hal yang berkaitan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman. Sungguh hebat seorang wanita, nama dan statusnya juga turut tertulis di dalam al-Quran serta sering disebut dalam lipatan sejarah.
Khadijah isteri Rasulullah saw., Maryam ibu Isa as., Asiah isteri Firaun, Khaulah al-Azwar Penghayun Pedang Perang, Zainab al-Ghazali, dan ramai lagi tokoh wanita Islam yang gemilang. Termasuk juga wanita hebat yang melahirkan dan membesarkan kita.
Manusia yang mempercayai hakikat kehidupan, penciptaan alam, SUNNATULLAH, akan tahu dan faham bagaimana hakikat kejadian seorang wanita, penghidupannya, dan ke mana kesudahannya selepas kehidupan ini.
Lantaran itu, wanita seharusnya dan wajib tahu hakikat kejadian hidupnya, serta peranan dan tanggungjawabnya dalam kehidupan.

kehidupan ku..